AYAM MASAK CABAI ALA CIK SENAH - THE LAZY WAY

AYAM AYAM AYAM AYAM AYAM AYAM AYAM AYAM AYAM AYAM AYAM

1.1 Ayam Masak Cabai (atau sesetengah orang panggil ayam masak merah)

ASSALAMUALIKUM SEMUA, CIK SENAH DISINI !

          Lama dah rasanya tak menulis blog ni. Dah setahun rasanya sejak dok sibuk dengan hal-hal lain. Rindunya kat blog ni dan u olls semua.. Mulalah Cik Senah nak melodramatik kat blog ni... Okay2, Baiklah, berbalik kepada topik kita hari ni, Cik Senah nak ajarkan cara malas Cik Senah masak.... jeng3..

"MY SIGNATURE"  - AYAM MASAK CABAI (ALA-ALA CIK SENAH !! )

Pertama sekali u olls kena tahu basic kepada nak masak cabai ni.. Haaa sapa boleh teka apa bahan-bahan yang diperlukan? Hihi, jom usya kat bawah ni.

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A - DIKISAR DENGAN BLENDER

  • Cabai kering (dah dipotong dan direndam air panas)
  • Bawang merah - 2biji
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Halia  - sebesar ibu jari

BAHAN B

  • Minyak masak
  • Ayam (dibasuh dan dipotong ikut kesukaan masing - makna kata besar atau kecik ikut u olls)
  • Ubi Kentang atau setengah orang utara panggil Ubi Bengala
  • Garam, Gula 
  • Santan - setengah kotak
  • Asam Keping - sekeping ja

Tak dilupakan, cik senah ajar ni "ALA CIK SENAH" iaitu cara malas, mudah, barang terhad dsbg.. 
kalau u olls mahukan cara yang lebih OMG, u olls boleh refer cara yang lebih bagus. Cik Senah lebih senang dengan cara ni memandangkan saya seorang yang lebih suka cara yang mudah dan tak banyak barang.  Sesetengah orang tak ada masa, barang terhad atau sbg (spt student2 atau insan2 yang bekerja)

☺Okay mari kita mulakan peperangan dengan kuali kita untuk mendapatkan kemenangan iaitu makanan yang sedap... hihi.. 

Mula sekali u olls kena mulakan dengan menggoreng ayam yang u olls dah siapkan tu. Letakkan ayam dalam bekas asing. Kemudian letakkan garam 1 sudu teh dan kunyit 1 sudu. Gaul seperti biasa dan goreng sehingga mengikut tahap kegaringan kesukaan anda. Tapi jangan begini pulak ya? 

Related image
1.2 Gambar ihsan dari encik google



Motif Cik Senah goreng ayam dulu sebab adik2 Cik Senah tak suka makan kalau ayam terus dimasak dalam cabai begitu sahaja. Mereka lebih sukakan kalau ayam digoreng dahulu. Kalau u olls suka ayam dimasak terus dalam cabai pon okay jugak. Tak perlu nak bazir masa goreng ayam dahulu.

Setelah kita siapkan ayam, mari kita mulakan kuah cabai kita. Mulakan dengan memanaskan minyak di dalam kuali peperangan anda. Kenapa perang? Hihi satgi Cik Senah ceritakan.

1.3 Minyak yang dipanaskan - tuang jelah dalam 1 cawan kecil/7sudu besar

Macam mana nak tahu dah panas? Senang je, u olls letakkan tapak tangan sedikit dekat dengan minyak tu. Jangan dicelup pula ya? Nanti kang cakap Cik Senah ajarkan u olls ajaran sesat pulak. Hihi,  just agak2 dekat dan boleh rasakan haba/bahang tu. Kemuadian u olls tuangkan bahan yang dikisar tadi.

1.4 Tuang bahan-bahan yang dikisar tadi (BAHAN A)

Disini lah mulanya peperangan, sebabnya, bila tuang ni, bagi yang tak biasa masak, hati2 sebab minyak tu kalau kena tangan pedih huiiii.. Masa kacau tu pulak kan selalu bunyi bising bila senduk terkena kuali, hihi, sebab tu la Cik Senah panggil berperang dengan kuali.

Haha, okay, #donemerapu , lepas tuang tu kena kacau sehingga agak2 minyak tu sebati dengan cabai kisar tersebut. Kacau sehingga paste cabai ni agak kekeringan dan mula pecah minyak. Kalau tak pasti, u olls boleh tahu dengan cara cabai tu berubah sikit warnanya ataupun bau "cengey" tu dah takda. 

**Bau "cengey" -  membawa maksud
bau cabai yang agak mecucuk tu.
Sesetengah cabai lepas kisar kan ada
bau yang menusuk hidung sikit kan?
Tu la namanya bau "cengey".
Mak Cik Senah selalu begitu.**


1.5 Cabai yang telah pecah minyak.


Kemuadiannya, letakkan sekeping asam keping dan Ubi Kentang (dua harus telah dibasuh). Dan sambung kacau selama beberapa minit. Seusai itu tuang setengan cawan air dan tunggu sehingga menggelegak. Tunggu sehingga 5-10 minit untuk melembutkan ubi anda.

1.6 Dalam gambar ni, Cik Senah letakkan sekali daun pandan dan daun kunyit.

Menggelegak - membawa erti sehingga 
masakan mula menampakkan buih2


Setelah masakan menggelegak dengan jayanya, anda bolehlah mula tuangkan perlahan2 perahan santan atau santan kotak ke dalam masakan. Setelah menuang santan, pastikan anda sentiasa menggaul/mengacau masakan anda. Ini kerena nak elakkan santan dari naik minyak. 
Kalau dah mula naik minyak, masakan tak cantik la jadinya. Huhu, sesetengah orang cakap jadi tak sedap, tapi Cik Senah tak pasti la pulak sebab sebenar kenapa harus sentiasa gaul/kacau tu.  I just do it. Huhu.

1.7 Tuang santan ke dalam cabai dan ingat untuk sentiasa gaul/kacau masakan.

Tunggu sehingga masakan menggelegak. Anda kemudiannya boleh memasukkan ayam anda ke dalam masakan "enak lagi sedap" anda.

Hasilnya...

    
Taddaa... Siap dah ayam masak merah kesukaan adik-adik Cik Senah.. Moga bermanfaat resepi ni. Selamat mencuba 😍
















Ulasan

Catatan Popular