TORTILLA WRAP ALA CIK SENAH
Sekadar gambar hiasan |
Selamat malam.. Hoho..
Walaupun malam, Cik Senah kena jugak share something with all of you..
Dari catatan Cik Senah sebelum ni, Cik Senah ada menceritakan tentang impian Cik Senah yang terkubur..
Walau bagaimana pun, tiba2, sekali lagi, idea bernas tercetus dari otak kartun Cik Senah ni..
Kalau Cik Senah tak dapat nak teruskan impian untuk bawa Food Truck, apa kata improvise it to something that suite the situation..
How about making an IMAGINARY FOOD TRUCK (Idea bernas lagi hebat dari Ibu Cik Senah)..
Di mana, Cik Senah akan berkongsi resepi masakan yang Cik Senah gunakan di dalam blog kesayanganku ini. HOHO.. GENIUS!!
Hee, jadi untuk permulaan, Cik Senah nak kongsikan resepi TORTILA CIK SENAH.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
- Tepung 500 g
- Garam ½ sudu teh
- Minyak 3 sudu besar
- Oregano secubit (kalau mahu, Cik Senah suka tambahkan sedikit aroma)
- Air 175ml (lebih kurang)
Cara-cara pembuatan:
- Masukkan tepung, garam, minyak, dan oregano. Gaulkan bahan-bahan terlebih dahulu.
- Tambahkan air, sedikit demi sedikit ke dalam campuran bahan.
- Gaulkan kesemuannya hingga menjadi doh. (Jika didapati doh kurang air, tambahkan. Jika terlebih air, tambahkan sesikit tepung)
- Potong doh yang diadunkan menjadi doh-doh kecil.
- Serta bulatkan doh-doh kecil itu dan simpan di dalam bekas bertutup.
- Simpan di dalam peti sejuk selama 30-45 minit. (Simpan di dalam peti bahagian bawah, jangan simpan doh di bahagia beku)
- Keluarkan adunan doh dari pet sejuk.
- Sediakan tempat untuk mencanai doh. Pastikan anda mempunyai penggolek (roller)
- Ambil satu doh kecil, kemudian canaikannya menggunakam penggolek. Pastikan doh dicanai nipis. (Jangan terlampau nipis seperti kulit popia)
- Kemudian, panaskan kuali anda. (Jangan letakkan minyak). Pastikan anda ada penutup untuk kuali tersebut. Serta gunakan api yang kecil.
- Setelah kuali cukup panas, letakkan doh kecil yang dicanaikan tadi, serta tutup kuali menggunakan penutup
- Masak doh selama 2 minit, kemuadian terbalikkan doh tersebut.
- Setelah 2 minit, angkat doh dan letakkan dalam pinggan yang bersesuaian. (Pastikan doh tidak terlampau keras, biar cukup masak)
- Pastikan anda melakukan yang sama pada setiap doh. (2 minit setiap belah)
- Akhir sekali, hidanglah dengan inti-inti kesukaan anda.
Cik Senah selalunya hidang bersama salutan mayonis, telur kecai/sosej digoreng dengan bawang, serta sos.
Maaf kerana tidak ada gambar sebenar. Cik Senah dan keluarga makan,terlupa nak ambil gambar. Huhu. Oh well..
Maaf kerana tidak ada gambar sebenar. Cik Senah dan keluarga makan,terlupa nak ambil gambar. Huhu. Oh well..
Sekian sudah resepi Cik Senah. SELAMAT MENCUBA!! SERIOUSLY SEDAP?!!
-200420170005
Wah... ini yang ibu suka. Caiyok Cik Senah!
BalasPadamWah.. hebat Asna.. blh buat biz supply tortilla wrap dari rumah ni :-)
BalasPadamWah.. hebat Asna.. blh buat biz supply tortilla wrap dari rumah ni :-)
BalasPadamSedap juga tortila wrap Cik senah ni semalam... tapi masin sikit..hehehe
PadamNurolshamshi Saidin to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
BalasPadam1 hr ·
Boleh tak Nurulsham minta bantuan dan jasa baik anda untuk
SOKONG DAN SHARE blog anak Nurulsham, Asna. Semalam Asna (Cik Senah) buat tortila wrap sendiri dan share dalam blognya,
Ikut ya blog https://asnashaibahhariini.blogspot.my/. Terima kasih banyak-banyak Nurulsham pada anda Warga MAHN atas keprihatinan.
Asna buat blog setelah dia habis diploma.... kerana tak boleh kerja selepas dia accident dan patah dua tempat di tulang belakangnya...(lower back L2 dan L5)...
See more
— feeling positive with Asna Shaibah and Mohamad Samsuri Hussain.
79 You, Enna Hasan, Zahra Iin and 76 others
12 shares
Comments
View 3 more comments
Yaya Axia Rashid
Yaya Axia Rashid Sedap nya
3 Replies · 18 minutes ago
Siti Khatijah Mohd Yusof
Siti Khatijah Mohd Yusof Terbaikla kak Nurolshamshi Saidin semua blh bt,tidk kedekut ilmu alhamdulillah.. Sy share kak ye t.kasih
Unlike · Reply · 1 · 35 minutes ago
2 Replies · 11 minutes ago
Bueimah Paimen
Bueimah Paimen Alhamdulillah. Tahniah dan teruskan usaha anda. Usahakan sedaya kita... Dan saya tumpang bangga kerana saya kira anda individu yg bersikap positif. Smg Allah kurniakan kesihatan yg baik dan dipermudahkan urusan.
Unlike · Reply · 1 · about a minute ago
Nurolshamshi Saidin
Nurolshamshi Saidin Amin-amin... terima kasih Bueimah Paimen. Alhamdulillah. Kita sama-sama positifkan diri kita ya.
Like · Reply · A few seconds ago
Nurolshamshi Saidin
Write a reply...