PIZZA ALA CIK SENAH (RESEPI TERHEBAT) - PART TWO
Gambar ihsan dari MR GOOGLE tersayang |
Assalamualaikum, selamat siang.
Lama kan Cik Senah tak menulis blog? Hehe busy dua tiga hari ni. Plus telefon Cik Senah pulak mula nazak sedikit,entah la akibat apa. Huhu, belum ada yang mah sponser telefon baru. Bhahaha..Then, Cik Sena juga sibuk dengan uruskan diri berkaitan sesi menyihatkan kembali diri ini. Hari ni pun, awal pagi lagi, Cik Senah kena ambil spesimen sebelum menjalani MRI pada hujung tahun ni.
Enough about that, Cik Senah minta maaf kalau u olls tunggu lama sangat catatan ni. Ini adalah catatan sambungan dari PIZZA ALA CIK SENAH (RESEPI TERHEBAT) - PART ONE
Selamat mencuba. Mehh kita pakat tengok bahan-bahannya (untuk membuat kuah pizza yang sedap gila-gila) :
Taddaa,, sikit ja bahan dia.. |
- Bawang besar 4 biji
- Bawang putih 4 ulas
- Ikan bilis segenggam
- Cabai kering 15 pc
- Lada 3 biji (jika perlu saja-Cik Senah tak sarankan kalau anda tak suka makan pedas)
Haaa.. tak banyak pun barang untuk buat kuah terhebat dalam alam semesta ni kan. Hehe... Melampau pulak Cik Senah ni. Okay, okay, okay.. Jom kita teruskan sesi dengan mempelajari cara-cara pembuatannya.
- Untuk mengelakkan dari tangan menjadi pedih/panas selepas aktiviti ini, sila pakai gloves (sarung tangan)
- Potong cabai kering sebanyak 15 pcs dan letakkan di dalam penapis.
- Potongan haruslah secara memanjang (seperti dalam gambar) supaya biji mudah keluar.
- Basuh dan selawat sebelum meletakkan cabai ke dalam periuk bersaiz kecil.
- Masukkan air ke dalam periuk kemudian panaskan 3~6 minit.
- Basuh peralatan seusai menggunakannya.
- Sediakan pengisar untuk mengisar bahan-bahan anda.
- Masukkan bawang besar, bawang putih ikan bilis, serta cabai kering yang dimasak tadi. (Pastikan anda tidak mengambil biji cabai. Kurangkan selagi mampu)
- Masukkan lada jika mahu (kalau tak suka pedas, jangan masukkan)
- Hidupkan pengisar dan kisar sehingga lumat dan bertukar warna (seperti dalam gambar).
- Elakkan dari menekan suis mesin pengisar dengan tangan yang basah (BAHAYA)
- Pastikan penutup mesin pengisar diletakkan dengan betul (untuk mengelakkan tumpah atau sebagainya).
- Basuh peralatan seusai menggunakannya.
- Sediakan periuk/kuali bersaiz sederhana untuk proses memasak kuah pizza.
- Masukkan minyak 1/2 cawan minuman kecil.
- Panaskan minyak selama 3 minit sebelum memasukkan kuah yang dikisar tadi.
- Kacau sehingga sebati dengan minyak.
- Masak sehingga pecah minyak dan tiada rasa cengey (disebut ce-nge' ~ dalam loghat penang maksudnya garang/rasa yang menyucuk)
- Selalunya jika lambat dimasak, tambahkan minyak untuk proses mempercepatkan masakan.
- Selepas selesai memasak cabai, kacau dengan perlahan sambil menuangkan tomato purree (puri tomato)
- Kacau sehingga sebati dan masak sehingga naik bau/menggelegak.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sebati dan tutup api.
- Untuk menambahkan kesedapan serta aroma, Cik Senah selalu tambahkan sedikit oregano. Hehe, kuah menjadi lebih menarik jika begini.
- Kalau anda tak ada stok oregano , anda boleh dapatkan di Tesco (di bahagian herba-herba)
Cik Senah suka pergi Tesco, C-Mart, Aeon Big dan lain-lain lagi. Cik Senah suka kalau pergi ke bahagian barang mentah. Uiii.. macam-macam dalam otak Cik Senah. Teringat nak masak itu la, ini lah. Seronok sangat rasa. Hehe, tapi tunggu berfulus lebih, baru boleh beli macam-macam. Kalau bajet nak beli barang yang perlu sahaja, Cik Senah ikut ja.. Hehe
Bila kuah sudah siap, tinggalkannya untuk sejuk seketika sebelum meletakkannya sebagai base pizza anda. Ini untuk tidak membiarkan doh terkena panas dari kuah minyak dan membiarkan doh masih boleh kembang.
Bagi toppong pula, Cik Senah selalunya potong sosej dan beberapa jenis sayuran (bawang holland, lada benggala, tomato, nenas, bayam, cendawan, dsbg). Haa, jangan pula anda lupakan cheese ya? jenis Mozarella cheese sangat sesuai untuk pizza. Topping selalunya tiada undang-undang, anda boleh cipta ikut kesukaan anda, cita rasa anda. Jadi, selamat berkreatif.
Haaa,, macam mana semua? Manarik tak post Cik Senah kali ini? Selamat mencuba dan menjamu selera u olls.
-230320171023
Tq kongsi..nanti nak cuba buatlah...jom lah lawat blog saya https://cararesepi.blogspot.my/..kalau tak kisah masukkanlah blog saya lam bloglist awak...huhu
BalasPadamTerima kasih.. Baik.. InsyaAllah saya akan masukkan dalam bloglist saya. Thank you for you support..
Padam