SUP AYAM CARA CIK SENAH

SUP AYAM CARA CIK SENAH


ASSALAMUAIKUM semua. Selamat Malam.

Maaf sebab lama Cik Senah tak menulis blog. Cik Senah tak berapa sihat asalnya, Lepas tu, lama tak tulis, rasa macam, alahai,,, susah nak ada idea nak tulis.


Tapi setelah 10 tahun tak menulis, akhirnya, idea pon tercetus selepas Cik Senah kena masak kelmarin pagi. Hoho, melampau sangat, 10 tahun konon.

Cik Senah ni tak pandai masak sangat, tu yang jarang masak tu. Hehe banyak harapkan resepi ja. Resepi ni pon, Cik Senah dapatkan dari adik kesayangan Cik Senah, Asmaa Atikah. Kalau ikut Cik Senah sendiri, hehe, nak dicampak ja semua then taddaa!! Dah siap. Hoho.

But dunia takdak la sesenang itu. Hehe. Bagi yang bujang, yang masih belajar tu, kalau nak masak, boleh la. Sebab mudah, saya yang belajar pon dulu selalu buat kat rumah sewa, hehe... SUP AYAM pelajar la nama timangannya. Hehe.

Okay2. Cukup lah merapu Cik Senah. Mari kita tengok bahan-bahan untuk SUP AYAM CARA CIK SENAH ni:

Bahan A (rempah):
  • Rempah Sup Bunjut
  • Buah pelaga 2 pc
  • Bunga Cengkih 3 pc
  • Bunga Lawang 2 pc
  • Kulit kayu Manis 1 (jika besar), 2 (jika kecil)
  • Lada hitam 7-10 biji (ikut tahap kepedasan anda)


Rempah dibasuh dalam penapis
 Bahan B (lain-lain):

  •  Ayam seekor (dipotong ikut kesukaan)
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Halia sebesar ibu jari
  • Ubi kentang 3 biji
  • Daun sup & Daun bawang 2 batang
  • Air bersih 1 jug besar

Ayam disiang dan dibasuh. Bahan lain dibasuh dalam penapis.
Potong bawang besar, bawang putih, halia dan ubi
seperti gambar diatas. Daun sup pula diikat (tak perlu potong)



Cara pembuatan:


Masukkan rempah ke dalam minyak yang dipanaskan.
Tumis sehingga naik bau rempah tersebut (aroma)

Masukkan bawang besar, bawang putih, serta halia
ke dalam tumisan rempah tersebut. Tumis semuannya sehingga
naik bau (aroma) dan warna keemasan (caramalize)

Kemudian, masukkan ayam yang telah dibasuh dan dipotong tadi
ke dalam tumisan tersebut. Masak sehingga kulit ayam
bertukar warna keemasan / isi ayam betukar warna
Tuangkan air ke dalam periuk. Dalam resepi tulis satu jug
tapi Cik Senah selalunya tuang sampai paras periuk tu.
(Jangan samoai banyak / tumpah pulak)




Tambahkan ubi kentang ke dalam periuk. Pastikan anda tak campak ubi ni,
Takut nanti mercik air sup tu kat u olls

Lepas masukkan ubi kentang, masukkan daun sup yang diikat
tadi ke dalam periuk. Reneh sup selama 45~60 minit.
Kalau Cik Senah, Cik Senah masak selama mungkin, sebab
LAGI LAMA MASAK, LAGI SEDAP.
Haa, inilah sup Cik Senah yang sudah siap. Cik Senah
punya versi selalunya banyak bawang sebab ia
menambahkan tahap kesedapan


SEDAP GILA.TRY LAH NAH KAWAN-KAWAN HEHE


Bagi semua yang nak try resepi ni, silakan. Cik Senah suka bila ayam tu lerai dari tulang dia,,, sedapnya.. Ubi pulak lembut ja bila makan, takyah  gigit teruk2, telan ja haha...

Okay taktat tu ja untuk rini. Cik Senah akan tulis lagi next time nah, hoho, Anyeong.....

Selamat malam, bye~~

 -030520170108

Ulasan

Catatan Popular