PIZZA ALA CIK SENAH (RESEPI TERHEBAT) - PART ONE

HAI ~.~
gambar dari google image. Yummy Pizza.


Assalamualaikum semua.. Sihat ka? Cik Senah macam biasa ja. Hehe.. Okay.. Hari ini Cik Senah nak berkongsi resepi baru dengan u olls semua.. 

Cik Senah ni minat benar makan pizza. Sebab dia sedap, boleh pilih perasa jenis apa pon dan takdak undang-undang tetap pon. Asalkan sedap, kira okay dah la...

Hee,, okay. Mehh kira usya bahan-bahannya ⬇ ⬇ ⬇


ROTI PIZZA - part one


  • Tepung gandum 1 kg
  • Air 600 ml
  • Garam 1 sudu teh
  • Minyak 5 sudu biasa
  • Gula 1 sudu biasa
  • Yis ½ peket
  • Oregano 1 sudu teh (jika mahu) 
  • Tepung suji

Okay, dah selesai mengorat dan mengusya bahan-bahan untuk buat pizza terhebat ni. Jom kita berlatih cara nak buat dia pulak. Hehe.. 

Cara-cara nak buat dia.. Mehh kaih.. Panjang penerangan dia, bersiap sedia lah nahh.. Chaiyok..
  • Sediakan lapangan untuk menguli roti pizza
  • Tuang tepung ke atas lapangan. Pastikan anda tidak tumpahkannya.
  • Tambahkan garam pada tepung. Campur keduanya. 

  • Kemudian, hasilkan kawah di tengah-tengah campuran tepung. Kawah mestilah berbentuk bulat dan bulan sabit (seperti dalam gambat di atas) 
  • Tuang minyak ke dalam kawah berbentuk bulan sabit
  • Manakala bahan selainnya, diletakkan ke dalam kawah berbentuk bulat (gula, yis, air serta oregano) 
  • Tunggu sehingga yis naik (10-15 minit), kemudian anda boleh mula menguli


  • Doh akan menjadi sedikit melekit, tapi teruskan usaha anda untuk menguli dan membelai sehingga doh cukup kuat. 
  • Bulatkan doh, tinggal hingga doh naik dan kembang.

  • Selepas kembang, bolehlah anda canaikan doh dan letakkan di atas pan pizza yang bersesuaian. Doh kecil selalunya 100 gram, manakala doh besar Cik Senah akan buat 400 gram.

Cara menguli ala Cik Senah. 
Baling ni boleh try jika tahu caranya atau
 yakin ummtuk mencuba. Kalau nak belajar,,

  • Gunakan tepung suji sebagai alas sebelum proses mencanai kerana ia menggantikan tepung biasa. Ini akan menyebabkan doh pizza anda tidak menjadi keras.
  • Selepas selesai, anda boleh siapkan pizza anda dengan sos dan topping..

"Topping"kan dengan bahan kesukaan anda

Rasanya cukup dulu penerangan PART ONE Cik Senah setakat ini. Nantikan PART TWO nahh... Okay, bye u olls...

contoh dari google image


-070520170156

Ulasan

Catatan Popular