IKAN KERING ALA CIK SENAH

ASSALAMUALIKUM SEMUA...
HAI ~,~

gambar ihsan dari google
Yummy..

Masak apa hari ini? Cik Senah hari ini macam-macam projek. Memandangkan doktor suruh tak banyak berjalan dan keluar jauh-jauh. Cik Senah beraktiviti di rumah saja lah. Hoho..

Sehari sebelum kelmarin, adik Cik Senah, Muhammad Kaab telah ikut rakan-rakannya pergi menjala ikan. Baguuussss.... Atas sebab itu, ada la rezeki ikan Talapia sikit di rumah ini. Alhamdulillah, ni la nama dia rezeki dari Allah.

Di mana Allah mengilhamkan adik Cik Senah untuk pergi menjala dan Allah telah memberi rezeki melalui aktiviti itu... Allahu, memang dah lama ibu Cik Senah  teringin nak makan ikan. Terjawab juga doa dan keinginan ni. Alhamdulillah..

Okay, back to the story...

Hahahh!! (gelak ala-ala penjahat dalam movie tu) Apa lagi, tercetus la idea waktu Cik Senah ralik menyiang ikan ini. Apa kata, buat IKAN TALAPIA KERING? "Hahh.. I am a genius", bak kata kawan baik Cik Senah, Yaya.

Haa.. jadi hari ini Cik Senah nak berkongsi cara-cara buat ikan kering... Apa sangat hat boh pon kan. Mari kita usya bahan-bahannya:-


  • Ikan (ikut la jenis apapon)
  • Garam (jenis kasar)
  • Asam jawa
  • Air 
Serius ka ni ja Cik Senah? Takdak bahan lain dah? Betui ka? 

Haa betul la u olls.. Add on cahaya matahari la sikit hehe... Haa dengan hati yang penuh kasih sayang. Baru sedap bila buat hoho...

Okay, dah la dok merapu.. Mai kita pakat tengok cara pembuatan dia pulak nohh..


Mula, potong ikan secara belah belakang.
(macam buat cencaru belah belakang tu)
Maaflah gambar terbalik. Huhu... =.= '

Buka ikan sehingga menjadi seperti dalam
gambar. Ini akan memudahkan proses untuk
menggaram dan mengeringkan ikan.



Cuci dan rendam ikan menggunakan
air asam jawa. Pastikah semua ikan
dilumur dengan asam jawa. Kemudian
basuh ikan dengan air bersih. 


Selepas itu, rendam ikan bersama air
dan garam kasar. Pastikan air berada
pada paras ketinggian ikan.
Keesokannya, bersihkan ikan dengan
air dan susun di dalam pinggan
(seperti dalam gambar) 


Sidai ikan di tempat yang tinggi serta
dapat cahaya matahari terik yang bagus.
Terbalikkan ikan apabila anda rasa
bahagian atas cukup kering. Ulang
aktiviti menyidai sehingga ikan kering. 

SETELAH KERING, anda boleh lah menikmati ikan kering buatan anda. Selamat mencuba semua. Serta selamat menjamu selera.

P/s: Jika mahu elakkan dari lalat atau kucing mengganggu proses pengeringan, tutup lah ikan menggunakan tudung saji.

Takat tu ja rasanya. Selamat nahh.. Selamat cuba, selamat makan, selamat menikmati..

Selamat malam semua..

-060520172250

Ulasan

Catatan Popular