NASI GORENG TENGAH MALAM ALA CIK SENAH

ASSALAMUALIKUM SEMUA, SELAMAT PETANG...๐Ÿ‘ฉ๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ธ

Yummy YumYum Fried Rice

Hehe, dah pukul sepuluh dah pon, Cik Senah baru nak usap selamat pagi. Huhu.. Apapon, hari ni Cik Senah nak berkongsi resepi NASI GORENG TENGAH MALAM ALA CIK SENAH..
Ini resepinya, huhu...


BAHAN-BAHAN:


  • Nasi yang digaul dengan garam
  • Bawang besar 2 biji (dipotong halus) 
  • Bawang putih 3 ulas (dipotong halus) 
  • Halia (dipotong rincik) -pakai sikit ja
  • Cabai melaka 3 biji (potong serong)
  • Telur (digoreng scramble) 
  • Sawi/kubis/kangkung (dipotong kecil) 

Cara pembuatan:
  • Sediakan kuali yang besar. Supaya memudahkan proses masakan anda. 
  • Panaskan kuali dengan api yang sederhana kuat. 
  • Tuangkan minyak sawit (lebih kurang 5-6 sudu) ke dalam periuk yang dipanaskan. Tunggu hingga minyak juga panas. 
  • Setelah cukup panas, masukkan bawang besar, halia, cabai melaka serta bawang putih yang dihiris tadi. 
Caramelized it

  • Masak komponen sehingga ia caramelized. (Kalau keluar colour nak golden brown sikit tu, kira ok dah tu. Hee) 
  • Kemudian tuangkan nasik yang telah digaul bersama garam ke dalam kuali. 
Tuang nasi berhati2 nahh. Takut tumpah, huhu.. 

  • Perlahankan api anda supaya nasi dapat dimasak dengan baik. (Nasi goreng lebih sedap dan tahan lama jika dimasak dengan api yang kecil dan lama. Slow and steady cooking) 
  • Kacau/gaul nasi dan komponen tumis hingga kesemuannya sebati. Untuk mengetahui sama ada masakan sudah sebati, nasi akan bertukar warna sedikit serta berbau lebih harum. 
  • Kemudian masukkan telur yang telah digoreng tadi ke dalam masakan dan kacau/gaul sekali lagi. 
  • Seterusnya, masukkan sayuran yang anda sukai ke dalam masakan. Masaknya sehingga sayur berubah warna dan menjadi lembut. (Selalunya Cik Senah masukkan sayur last dan masak separuh ja sebab Cik Senah suka kalau dalam makanan ada sedikit crunch) 
Tuang sayur dan telur goreng.. ๐Ÿ˜Š

  • Tambahkan garam kalau perlu. 
  • Setelah semua komponen dalam masakan sebati, anda boleh tutup api dan nikmati hidangan anda. 
Kepada you alls yang cuba resepi mudah Cik Senah ni, selamat menjamu selera. Jangan lupa share2 sama kat kawan2 dan keluarha you alls tau.. Sharing is caring,  kongsi ilmu kan dapat pahala. Hee

Tambahan: Cik Senah biasa buat aktiviti lain kalau masak nasi goreng ni. Sebab api dia sedikit slow, jadi sempatlah Cik Senah nak mbasuh sikit pinggan yang dipakai atau buat kopi ka apa. Hehe. Jimat masa sikit. Tak gaduh dah nanti.. 

Takat tu ja lani, berblog lagi nanti. Adiรณs everybody..  ๐Ÿ˜๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜˜

-2104171332

Ulasan

  1. rindunyer nasi goreng ciksenahhh

    BalasPadam
  2. hihi.. nanti cik senah buatkan lagi.. rindu nak bermasak2 kat dapur macam zaman belajar dulus2. huhur..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular