KOPI (CARA DOLU2) ALA CIK SENAH

Assalamualaikum everyone.. 

Today, Cik Senah nak cakap fasal cara-cara membuat kopi Old School style... 

Hee kenapa cara dolu-dolu pulak? Hee, sebab bagi Cik Senah memang cara terbaik lah kalau buat kopi guni. Dia harum, sedap dia lain macam. Hoho

Mehh Cik Senah kongsikan rahsianya.. Cara buat kopi ni Cik Senah belajar dari idola Cik Senah. Cam besa. My mom, Puan Nurolshamshi Saidin.  (Follow her on instagram @nursyam bakery) 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kopi (2 sudu biasa) 
  • Gula (6 sudu biasa) 
  • Air panas
  • Susu (jika mahu) 

Cara pembuatan:
  • Sediakan jug untuk membuat kopi. Lagi bagus jika menggunakan jug yang tahan haba/kedap. 
  • Letakkan kopi di dalam jug, kemudiannya letakkan gula. 

  • Campurkan kedua-dua bahan menggunakan sudu. Campurkan dengan betul. 

  • Tuang air panas hingga paras campuran kopi-gula tersebut. Pastikan air sangat2 panas. 

  • Kacau campuran tadi dengan laju sehingga larut. Kemudian tutup jug menggunakan penutup yang sesuai selama 5-7minit.

Maaflah semua. Hehe. Penutupnya Cik Senah tak jumpa. Apa lagi, bantai saja labu.. Huhu. 

  • Setelah itu, buka penutup jug. Anda akan dapati, bau harum keluar dari jug. (Great aroma) 
  • Tambahkan air panas sehingga ⅔ daripada jug air. 
  • Kacau sehingga sebati kemudian siap untuk dijamu. Pastikan kopi sentiasa tertutup dengan penutup jug. 
  • Jika mahu tambahkan susu, gunalah susu pekat manis. 1-1½ sudu bagi setiap cawan. Ikut kesukaan anda. 
  • Berjamulah dengan kopi sedap ini. Sesuai untuk seisi keluarga. 

Selamat mencuba. Cik Senah selalunya pakai kopi cap daun (peket hijau-jenis kasar). That is my favourite coffee choice. 

Ulasan

Catatan Popular